REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kekuatan
Kekuatan yang saya dapat kesan semasa menjalankan  pengajaran ialah pergerakan guru. Pergerakan saya semasa pengajaran dan pembelajaran sama ada ke belakang atau ke hadapan, ke kiri atau ke kanan dalam bilik darjah adalah untuk membimbing murid-murid menghasilkan produk. Di sini saya bertindak sebagai pembimbing. Semasa saya membimbing murid-murid menghasilkan produk mereka berasa yakin pada diri sendiri. Saya dapati jika pergerakan guru yang terbatas atau berdiri di sesuatu tempat tanpa bergerak akan menyebabkan kebosanan kepada murid-murid.  Kekuatan yang seterusnya ialah murid-murid melibatkan diri dengan aktif semasa menghasilkan produk. Mereka nampaknya sangat seronok apabila menghasilkan produk. Saya juga mengarah murid-murid menghasilkan produk dalam kumpulan. Ini adalah bertujuan memberikan peluang kepada semua murid tidak kira kebolehan berinteraksi sesama mereka. Selain itu, juga bertujuan supaya murid-murid yang cemerlang dapat membantu murid yang lemah untuk menghasilkan produk. Di sini dapat memupuk nilai moral saling tolong menolong.
Kelemahan
            Kelemahan yang saya dapat kesan ialah bahan bantu mengajar seperti origami gajah, anjing dan ikan tidak berwarna warni. Bahan bantu mengajar yang tidak berwarna-warni tidak dapat menarik perhatian murid-murid. Kelemahan yang seterusnya ialah saya menyuruh murid-murid mengeluarkan bahan-bahan seterusnya membentuk kumpulan. Sepatutnya saya perlu menyuruh murid-murid  membentuk kumpulan dahulu barulah mengeluarkan bahan-bahan. Kelemahan yang terakhir ialah saya dapati tiga orang murid tidak dapat menyiapkan stabail kerana mereka tidak faham Bahasa Melayu. Murid-murid tersebut ialah murid yang lemah dalam pembelajaran.
Cara mengatasi
            Kelemahan yang timbul semasa  pengajaran perlulah saya memperbaiki. Antara bahan bantu mengajar seperti origami gajah, anjing dan ikan tidak dapat menarik perhatian murid kerana tidak berwarna-warni. Sepatutnya saya perlu menggunakan kertas warna untuk menghasilkan origami tersebut supaya nampaknya berwarna-warni. Bahan bantu mengajar yang menarik dapat  menarik minat dan meransang perasaan ingin tahu di kalangan murid-murid.
Saya telah salah memberi arahan, saya menyuruh murid-murid mengeluarkan bahan-bahan dahulu barulah membentuk kumpulan. Arahan yang betul ialah membentuk kumpulan dahulu barulah mereka mengeluarkan bahan-bahan. Sepatutnya saya perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan teliti. Selain itu, saya juga boleh menulis langkah-langkah proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kad nota.  Kad nota boleh membantu guru-guru mengingatkan apa yang hendak disampaikan.
Akhirnya, tiga orang murid yang tidak faham Bahasa Melayu gagal untuk menyiapkan stabail. Sepatutnya saya perlu bercakap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Cina untuk membantu murid-murid tersebut memahami isi pelajaran.  Selain itu, saya juga boleh menyuruh murid yang fasih dalam Bahasa Melayu duduk bersama mereka untuk membantu mereka. Dengan ini, murid-murid tersebut barulah boleh melibatkan diri dengan aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, pengajaran saya boleh dikatakan berjaya kerana kebanyakkan murid dapat menghasilkan produk dengan betul.